Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kastam mencadangkan cukai SST 5% bagi telefon pintar

Kastam mencadangkan cukai SST 5% bagi telefon pintar 1

Mulai 1 September ini, harga penjualan bagi telefon pintar mungkin akan naik semula selepas menyaksikan penurunan sejak 1 Jun 2018 selepas pemansuhan cukai GST.

Jabatan Kastam telah mencadangkan cukai SST pada kadar 5% bagi telefon pintar walaupun pada mulanya disenaraikan didalam kategori yang dikecualikan cukai.

Didalam senarai terbaru yang dikemaskini, Jabatan Kastam telah memberikan cadangan baru ini yang sudah pastinya satu berita buruk bagi anda yang mempunyai perancangan untuk membeli peranti pintar didalam masa beberapa bulan.

Jika bandingkan dengan cukai GST 6%, cukai yang dicadangkan ini hanya lah 5% namun ianya masih dilihat sebagai beban tambahan kepada pengguna.

apa pun ianya masih ditahap pencadangan dan kerajaan diharapkan akan mengambil keputusan yang positif yang sudah pasti akan disambut baik oleh syarikat pengeluar dan pengguna khususnya.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.