Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja 1

Lenovo Z5 yang dilancarkan pada bulan Jun yang lalu kini telah mula ditawarkan di Malaysia melalui pengedar Directd.

versi import Lenovo Z5 ini mempunyai waranti 12-bulan dari Directd dan stok kini sediada.

Z5 yang sebelum ini mencuri tumpuan apabila dimaklumkan akan menjadi telefon pintar pertama tanpa bezel sepenuhnya dipasaran.

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja 2

Walaubagaimanapun, Lenovo Z5 masih hadir dengan panel skrin yang memiliki DNA ‘notch dan bezel dibahagian bawah. Ianya adalah skrin paparan FHD+ berukuran 6.2-inci  dengan nisbah 19:9.

Lenovo Z5 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 636 yang memiliki lapan teras Kyro 260, GPU Adreno 509, 6GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja 3

Lenovo Z5 juga tidak terkecuali untuk menggunakan perkataan AI pada kamera iaitu kombinasi kamera 16MP + 8MP dan kamera selfie 8MP

Lenovo Z5 juga memiliki bateri berkapiti 3,300mAh yang mempunyai sokongan pengecasan pantas 18W, ZUI 4.0 yang berasaskan Android 8.0 Oreo dengan janji akan menerima kemaksini Android P sejurus selepas OS itu dilancarkan.

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja 4

Lenovo Z5 ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam, biru dan aurora yang akan mempunyai warna lain mengikut keadaan cahaya.

Lenovo Z5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 859 sahaja 5

Lenovo Z5 versi import ini ditawarkan  dengan harga penjualan seperti berikut :

Lenovo Z5 6GB/64GB – RM 859

Lenovo Z5 6GB/128GB – RM 1059

Beli Lenovo Z5 melalui Directd di sini

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.