Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor akan melancarkan telefon pintar baru di Eropah

honor

Huawei melalui jenama Honor mereka nampaknya akan melancarkan satu model telefon pintar ke pasaran Eropah dan pelancaran ‘realiti maya’ ini akan berlangsung pada 20 Jun.

Huawei memberikan kita petunjuk bahawa telefon pintar Honor yang akan dilancarkan ini mempunyai prestasi yang pantas, berdaya tahan dan berpatutan.

Apa yang masih tidak jelas ialah samada Huawei akan melancarkan telefon pintar Honor yang baru atau melancarkan satu model yang telahpun dijual di pasaran China.

Jika ianya adalah satu model baru, kita mungkin menyaksikan pelancaran Honor 8 namun jika sebaliknya kita mungkin boleh menyaksikan pelancaran Honor V8 yang telah disahkan tidak akan memasuki pasaran Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.