Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lakaran Samsung Galaxy Note 6 didedahkan

Dengan bermulanya bulan Jun, kita hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum menyaksikan Samsung melancarkan generasi baru telefon pintar Galaxy Note mereka yang memasuki generasi keenam tahun ini.

Kini satu lakaran terbaru telefon pintar ini telah dikeluarkan dan ini memberikan kita gambaran jelas akan reka bentuk Samsung Galaxy Note 6 ini.

Gambar lakaran ini telah dikeluarkan oleh pemilik akaun twitter @ShaiMizrachi yang mana beliau turut mendedahkan Galaxy Note 6 akan mempunyai kenipisan 7.8mm (153mm x 74.5mm x 7.8mm) berbanding Galaxy Note 5 yang mempunyai kenipisan 153.2 x 76.1 x 7.6mm

Selain itu, @evleaks juga telah mendedahkan bahawa Samsung Galaxy Note 6 ini akan dilancarkan lebih awal berbanding tahun sebelum ini iaitu pada minggu pertama bulan Ogos.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.