Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar Nexus tahun ini juga akan dikeluarkan oleh Huawei

nexus-6p-huawei-malaysia-price

Baru-baru ini anda pasti terbaca laporan kami mengenai satu telefon pintar Nexus 6P yang hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan 4GB RAM.

Telefon pintar ini mungkin hadir dengan spesifikasi dalaman yang lebih baik dengan reka bentuk luaran yang sama seperti telefon pintar Nexus tahun lalu.

Strategi ini bukanlah sesuatu yang baru dipasaran dan ianya digunakan pada peranti utama keluaran Samsung dan Apple.

Pengesahan bahawa reka bentuk Nexus 6P ini akan digunakan semula pada tahun ini telah diberikan oleh pengurus besar Huawei Afrika Selatan ketika pelancaran siri telefon pintar Huawei P9 disana.

Beliau telah mendedahkan satu telefon pintar Nexus yang baru akan dikeluarkan syarikat ini iaitu kali kedua selepas kerjasama pertama Bersama Google tahun lalu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.