Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor V8 disahkan tidak akan memasuki pasaran Malaysia

Huawei-honor-V8-mobilefokus-malaysia-1

Telefon pintar utama Honor yang terbaru iaitu Honor V8 telah dilancarkan secara rasmi kira-kira 15 hari lalu dan selepas pelancaran itu ramai pihak termasuk kami beranggapan telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dari Lowyat.net, wakil Huawei di Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar ini tidak akan memasuki pasaran tempatan.

Wakil Huawei Malaysia ini juga mengesahkan bahawa telefon pintar ini tidak akan memasuki pasaran tempatan kerana ianya dilancarkan khusus untuk pasaran China dan Honor V8 bukanya model pengganti kepada Honor 7.

Selain itu, bercakap mengenai telefon pintar utama Huawei iaitu Huawei P9 Plus, wakil Huawei mengesahkan bahawa telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan namun tiada sebarang maklumat harga diberikan.

Bercakap mengenai P9 dan P9 Lite, kedua-dua telefon pintar ini telahpun dibuka untuk tempahan dan akan mula dijual mulai 28 Mei ini pada harga RM 2,099 dan RM 1,099.

sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.