Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

SatuGadget akan mengadakan penjualan khas sempena ulang tahun ke-5

FB_Banner_Pass

Pengedar telefon pintar terkemuka di Malaysia iaitu SatuGadget akan menyambut ulang tahun ke-5 mereka bulan ini dan sebagai membalas jasa terhadap sokongan yang diberikan kepada syarikat ini, mereka akan mengadakan satu kempen pemberian hadiah percuma yang bernilai hampir RM 30,000 untuk tempoh masa tiga hari sahaja.

Mulai 27 Mei sehingga 29 Mei 2016, 1,000 pelanggan pertama yang mengunjungi kedai SatuGadget akan menerima hadiah bernilai RM 50 dan pada hari terakhir kempen ini, cabutan bertuah akan diadakan dengan hadiah didalam cabutan bertuah ini bernilai RM 18,888.

Dalam pada itu, SatuGadget akan turut mengadakan penjualan besar-besaran bagi telefon pintar berjenama seperti Oppo, Vivo, Xiaomi, Samsung, Sony, HTC, Huawei, Lenovo dan banyak lagi.

selain itu, SatuGadget juga akan menawarkan hampir 500 aksesori daripada jenama seperti Jabra, Spigen, Ringke, Loca, Sandisk & banyak lagi pada harga penjualan yang istimewa.

Telefon pintar ini juga akan hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan dan juga terdapat rebat sehingga RM 500.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang SatuGadget atau mengetahui maklumat terkini di laman Facebook SatuGadget.

Selamat menyambut ulang tahun ke-5 SatuGadget

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.