Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Penjualan Huawei P9 dan P9 Lite diumumkan – RM 2099 dan RM 1099

13233080_1249522201742627_8421094794022127221_n

Selepas disahkan akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia penghujung bulan ini, Huawei Malaysia secara rasminya telah mendedahkan harga penjualan Huawei P9 dan P9 Lite di pasaran tempatan.

Siri Huawei P9 ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 28 Mei 2016 dengan harga penjualan P9 dan P9 Lite ini adalah RM 2,099 dan RM 1,099

Lebih menarik, Huawei akan menawarkan P9 dan P9 Plus dengan perkhimatan premium seperti berikut

– Pertukaran satu-kepada-satu bagi tempoh 12 bulan

– Percuma perkhimatan penghantaran dan pengambilan Huawei P9 atau P9 Plus (untuk dibaiki)

– Jaminan 3 bulan untuk skrin LCD dari tarikh pembelian (waranti ini hanya boleh dituntut sekali)

– Percuma perkhimatan pembersihan (2 kali untuk tempoh 12 bulan)

-Nombor Hotline VIP iaitu 1800-22-0086

Huawei P9 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna perak, warna emas dan warna kelabu dengan harga penjualan RM 2,099 (3GB RAM + 32GB ROM).

p9lite-preorder-learnmore-230516

Huawei P9 Lite pula akan ditawarkan didalam warna hitam, putih dan emas dengan harga penjualan RM 1,099 (3GB RAM + 16GB).

Tempahan bagi kedua-dua model Huawei ini akan dibuka pada 23 Mei melalui vmall.my dan bagi 10 pembeli pertama, mereka akan menerima jam pintar Honor Band Z1 bernilai RM 269.00 secara percuma.

Selain Huawei P9 dan P9 Lite, Huawei Malaysia juga turut dijangka akan menawarkan model Huawei P9 Plus ke pasaran tempatan namun masih tiada sebarang harga dan tarikh penjualan diumumkan

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.