Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor V8 dilancarkan secara rasmi – memiliki kamera berkembar 12MP

Huawei-honor-V8-mobilefokus-malaysia-1

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar utama bagi satu lagi jenama telefon pintar mereka iaitu Honor.

Telefon Honor V8 ini dilihat hadir dengan sedikit sebanyak persamaan dengan model utama Huawei iaitu P9.

Telefon pintar Honor V8 ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.7-inci yang mana ianya hadir didalam dua resolusi iaitu 1080p dan QHD. Kedua-dua skrin ini adalah panel IPS yang dilapisi gelas 2.5D.

Sebagai rekod, Honor V8 menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk hadir dengan skrin paparan QHD.

Selain itu, Honor V8 ini juga hadir dengan pemproses octa-core Kirin 950, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman ( versi dengan skrin 1080p hadir dengan 32GB memori).

honor v8

Beralih kepada bahagian kamera, Honor V8 dilihat hadir dengan kamera yang sama seperti pada P9 iaitu dua unit kamera 12MP , lensa 6-elemen dengan aperture f/2.2, pemfokusan laser dan seperti biasa flash LED dwi-tona. Salah satu perbezaan dengan P9 yang boleh kami perkatakan adalah, Honor V8 tidak hadir dengan logo Leica di belakang.

Kamera selfie Honor V8 ini juga dilihat telah diwarisi dari keluarga Huawei P9 iaitu unit kamera 8MP

Huawei Honor V8 juga memiliki bateri berkapasiti 3,500mAh dan ianya memilki slot pengecasan USB Type-C.

Lain-lain spesifikasi Honor V8 adalah sokongan 4G LTE, Wi-Fi ac, Bluetooth 4.2 , GPS dan NFC (salah satu model 1080p tiada NFC).

Honor V8 ini mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 2,299 (RM 1,430) iaitu bagi versi 1080p asas 32GB manakala versi yang sama dengan sokongan NFC pula akan mempunyai harga penjualan CNY 2,499 (RM 1,555).

Versi Honor V8 dengan skrin paparan QHD dan 64GB memori simpanan dalaman akan mempunyai harga penjualan CNY 2,799 (RM 1,741).

Huawei-honor-V8-mobilefokus-malaysia

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.