Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade V7 Lite dan V7 Max dilancarkan di Malaysia – dari RM 669

image

Seperti yang laporkan sebelum ini, ZTE secara rasminya telah melancarkan telefon pintar siri Blade V7 ke pasaran Malaysia.

Jika sebelum ini hanya satu model diperkatakan, ZTE Malaysia telah memperkenalkan dua model ZTE Blade V7 ini iaitu Blade V7 Lite dan V7 Max.

Kedua-dua telefon pintar ini telah dilancarkan di MWC 2016 pada bulan Mac lalu dan hampir dua bulan selepas pelancaran, akhirnya ia memasuki pasaran tempatan.

Bercakap mengenai reka bentuk, ZTE Blade V7 Lite dan Max ini hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya.

image

ZTE Blade V7 Lite ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci ( gelas 2.5D) , pemproses quad-core MediaTek MT6753P, GPU Mali-T720 dan 2GB RAM.

Selain itu, Blade V7 Lite juga akan memiliki kamera utama 8 13MP yang memiliki pemfokusan auto dan LED flash , kamera selfie 8MP, memori simpanan dalaman 16GB , sokongan 4G LTE , bateri berkapasiti 2,500mAh , Android 6.0 Marshmallow dan sensor capjari ( dibahagian belakang)

ZTE Blade V7 Lite ini akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 16 Mei ini dengan harga penjualan RM 669 namun buat tempoh terhad anda boleh memiliki telefon pintar ini pada harga istimewa iaitu hanya RM 499.

image

Beralih kepada ZTE Blade V7 Max, ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Helio X10 , 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, kamera utama 16MP dan kamera selfie 8MP yang turut memiliki selfie panorama.

ZTE Blade V7 Max ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,000mAh, sensor capjari pada bahagian sisi , pembesar suara DTS , slot USB Type-C dan berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

ZTE Blade V7 Max ini hadir dengan harga penjualan RM 999 dan telefon pintar dijangka mula ditawarkan di pasaran Malaysia sekitar penghujung bulan ini.

Selain itu, ZTE juga akan mengadakan satu roadshow khas di Plaza Low Yat pada hari Ahad ini (15 Mei) dan bakal pengunjung berpeluang membeli ZTE Blade V7 Lite dengan 50% diskaun ( RM 335 – terhad untuk 300 pembeli pertama).

Walaubagaimanapun untuk melayakkan anda membeli ZTE Blade V7 Lite ini pada harga istimewa ini anda harus melakukan beberapa langkah mudah ini:

  1. Like laman Facebook ZTE Malaysia
  2. Mengunjungi roadshow di Low Yat pada hari ahad ini, tangkap gambar di sana dan muat turun gambar tersebut di akaun FB anda dengan hashtag #ZTEMalaysia #ZTEBladeV7Lite dan tag tiga rakan anda.
  3. Tunjukkan gambar yang dimuat turn dan kad pengenalan (IC) di kaunter ZTE ( satu kad pengenalan terhad untuk membeli satu unit sahaja).
  4. Nikmati diskaun 50% untuk pembelian ZTE Blade V7 Lite.

Anda juga boleh menempah Blade V7 Lite melalui Lazada pada harga istimewa ini iaitu hanya RM 499, tempah sekarang di SINI

ZTE Blade V7 Lite

image image image image image image image image

ZTE Blade V7 Max

image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.