Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE kini dijual di Malaysia – dari RM 1949

Apple iPhone SE kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang bermula dari RM 1949.
slide_1

Apple iPhone SE ini kini sudah boleh dibeli melalui kedai atas talian rasmi Apple Store Malaysia, wakil pengedar seperti Machines (juga boleh dibeli secara online) , Switch dan Mac City.

selain itu, jika anda ingin membeli telefon pintar terbaru Apple ini bersama-sama pelan pascabyar, anda boleh mendapatkanya melalui Maxis , Celcom , Digi dan juga UMobile.

Apple iPhone SE ini hadir didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB dengan harga penjualan adalah RM 1,949 dan RM 2,449.

sebanyak 4 warna ditawarkan bagi Apple iPhone SE iaitu perak , kelabu , emas dan emas ros.

Apple iPhone SE hadir dengan reka bentuk chasis yang sama seperti Apple iPhone 5s namun hadir dengan spesifikasi yang dimiliki oleh iPhone 6s.

Apple iPhone SE ini hadir dengan skrin paparan berukuran 4.0-inci (1136 x 640 piksel) dengan kepadatan piksel 326ppi, pemproses Apple A9 dan GPU PowerVR GT7600.

Selain itu, Apple iPhone SE ini juga hadir dengan kamera yang sama seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu kamera 12MP iSight yang turut hadir dengan rakaman video 4K. walaubagaimanapun, kamera hadapan Apple iPhone 6s iaitu kamera 5MP tidak digunakan pada iPhone SE namun ianya hadir dengan sokongan flash skrin yang dikenali sebagai Retina Flash (kamera 1.2MP).
Apple iPhone SE ini juga hadir dengan sensor capjari TouchID dan sokongan pembayaran Apple Pay. iPhone SE juga mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti iPhone 5s dengan berat 113gram.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.