Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom akan menawarkan Apple iPhone SE – harga iPhone dari RM 578

iphone-se-celcom-first-plan-1

Celcom secara rasminya telah mengumumkan mereka juga akan turut menawarkan model telefon pintar Apple iPhone SE mulai 13 Mei ini (esok).

Celcom akan menawarkan Apple iPhone SE ini didalam pelan FiRST mereka iaitu pelan First Gold, First Blue dan First Platinum.

iPhone SE yang ditawarkan Celcom ini hadir didalam dua versi iaitu 16GB dan 64GB dan ianya hadir dengan harga peranti serendah RM 578.

iphone se celcom first platinum

Melalui pelan First Platinum, anda boleh membeli Apple iPhone SE 16GB pada harga RM 578 manakala iPhone SE 64GB hadir dengan harga RM 998. Pelan First Platinum ini hadir dengan kontrak 24 bulan dan anda juga perlu membayar pendahuluan RM 1,100 ( akan ditolak RM 110 untuk 10 bulan pertama).

Selain itu, Celcom turut menawarkan pelan First Platinum ini dengan kontrak 6 bulan namun harga peranti adalah RM 1,665(16GB) dan RM 2,090(64GB). Bayaran pendahulan bagi pelan ini adalah RM 150 sahaja. Maklumat kuota internet dan panggilan yang ditawarkan oleh pelan First Platinum ini boleh anda baca di SINI.

iphone se celcom first gold

Pelan Celcom First Gold pula membolehkan anda membeli Apple iPhone SE ini pada harga RM 1,548(16GB) dan RM 1,968(64GB) dengan bayaran pendahuluan hanya RM 150( akan ditolak RM 15 untuk 10 bulan pertama). Pelan ini hadir dengan kontrak 12 bulan. Maklumat kuota internet dan panggilan yang ditawarkan oleh pelan First Gold ini boleh anda baca di SINI.

iphone se celcom first blue

Pelan Celcom First Blue pula hadir dengan harga peranti RM 1,665 (16GB) dan RM 2,090 (64GB) manakala bayaran pendahulan yang dikenakan adalah RM 45. Pelan ini hadir dengan kontrak 12 bulan. Maklumat pelan First Blue boleh anda baca di SINI

Celcom akan menawarkan kesemua warna yang ada bagi Apple iPhone SE.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.