Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom melancarkan pelan postpaid First Blue & First Gold

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-8

Celcom secara rasminya telah melancarkan pelan pascabayar terbaru mereka sebentar dan berdasarkan pelan ini akan menawarkan lebih banyak data pada harga yang lebih berpatutan.

Celcom dijangka akan menawarkan pelan First Blue dan First Gold dengan bayaran bulanan bermula dari RM 45 dan RM 100 sebulan.

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-3

Bagi pelan First Blue, pelanggan secara keseluruhanya akan menerima 6GB Data Internet yang dibahagikan seperti berikut ( 2GB penggunaan harian + 2GB pengunaan hujung minggu( 500MB setiap minggu) + 2GB Celcom Wi-Fi).

Selain itu, pelan pascabayar Celcom First Blue ini juga hadir dengan 50 minit panggilan & 50 SMS percuma kesemua rangkaian (akan di caj 20 sen per minit/sms), langganan muzik percuma untuk 6 bulan dan had kredit tambahan sehingga RM 250.

Selain itu, dengan pengunaan RM100 dan ke atas pelanggan akan menerima 500MB Internet tambahan secara percuma, pengunaan melebihi RM 225 akan menerima 1GB manakala pengunaan melebihi RM 500 akan menerima 2GB secara percuma.

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-1

Bagi pelan ini, jika kuota internet anda tidak habis anda boleh membawa baki kuota ini ke bulan seterusnya iaitu sehingga 2GB.

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-12
Dalam pada itu, bagi pelan Celcom First Gold pula ianya hadir dengan 12GB kuota internet yang dibahagikan kepada tiga kategori pengunaaan. 4GB pengunaan harian + 4GB pengunaan hujung minggu (1GB setiap minggu)+ 4GB Celcom Wi-Fi.

Selain itu, Celcom First Gold yang memerlukan bayaran bulanan RM100 ini turut hadir dengan 100 minit panggilan dan SMS percuma kesemua rangkaian(akan di caj 20 sen per minit/sms selepas itu), percuma muzik untuk 12 bulan dan had kredit tambahan sehingga RM 500.

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-11
Selain itu, pengunaan melebihi RM 225 akan menerima 1GB manakala pengunaan melebihi RM 500 akan menerima 2GB secara percuma.

Pelan Celcom First Gold juga menawarkan kemudahan untuk membawa lebihan baki kuota internet ke bulan seterusnya dengan maksima sehingga 4GB.

Kedua-dua pelan First Blue dan Gold sudah mula ditawarkan mulai hari ini dan ini akan menggantikan kesemua pelan pascabayar Celcom sebelum ini. Bagi pelanggan yang berada di pelan lain, anda mempunyai kebebesan untuk kekal pada pelan yang sama ataupun beralih kepada pelan Celcom First yang baru ini.

celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-6 celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-13 celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-10 celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-9 celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan-5 celcom-first-blue-first-gold-postpaid-plan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.