Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG G5 akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2016 pada 21 Februari ini

giphy

LG telah mengesahkan bahawa generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu LG G5 akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2016 yang akan berlangsung pada 21 Februari ini.

Jika sebelum ini terdapat keraguan mengenai pelancaran LG G5 di MWC , syarikat gergasi korea ini telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama mereka yang pertama bagi tahun ini akan dilancarkan didalam masa 2 minggu sahaja lagi.

Jika sebelum ini, LG G5 diletakkan sebagai model separa premium, syarikat ini akan melakukan yang terbaik untuk meletakkan LG G5 sebagai antara model paling premium di pasaran dan bersaing dengan telefon pintar seperti Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge yang akan turut dilancarkan di MWC 2016.

Menurut laporan terbaru, LG G5 akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan ianya mungkin hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci atau 5.6-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 3GB atau 4GB RAM , sensor capjari , kamera berkembar di bahagian belakang selain butang suara di bahagian sisi.

Mobile World Congress yang akan berlangsung pada 21 Februari ini akan mendapat tumpuan dunia dan pelancaran LG G5 pada hari yang sama dengan pelancaran Galaxy S7 membuktikan bahawa LG mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap telefon pintar ini.

Kami akan memastikan anda mendapat kesemua berita terkini dari MWC 2015 yang akan berlangsung di Barcelona ini. Ikuti perkembangan terkini melalui laman Facebook kami di SINI

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.