Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Panel Belakang Xiaomi Mi 5 tersebar – reka bentuk premium

xiaomi-mi-5-back-cover-02

Pelancaran telefon pintar utama terbaru daripada Xiaomi iaitu Mi 5 telah disahkan akan dilancarkan pada 24 Februari iaitu didalam masa 20 hari sahaja lagi.

Bercakap mengenai Xiaomi Mi 5, sudah banyak ciri telefon pintar ini didedahkan namun maklumat seperti saiz skirn paparan dan bahan yang digunakan untuk reka bentuk Mi 5 masih belum jelas.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Xiaomi Mi 5 akan hadir didalam dua versi iaitu versi biasa dan versi premium yang akan memiliki reka bentuk berasaskan keluli.

Kini satu gambar yang dikatakan panel belakang Mi 5 versi belakang telah tersebar dan ianya dilihat direka menggunakan gelas. Seperti biasa, terdapat logo Mi dan lubang yang akan menempatkan sensor kamera dan lampu flash LED.

Selain itu, reka bentuk panel belakang Xiaomi Mi 5 ini juga mempunyai corak seperti kayu iaitu sama seperti pada Redmi 3 yang hadir dengan corak seperti jaring dan walaupun ini model biasa, ianya mempunyai pengunaan bahan yang kelihatan seperti sangat premium.

Selain itu, berdasarkan gambar ini juga kita boleh memutuskan bahawa telefon pintar akan mempunyai reka bentuk yang sangat kompak dengan skrin paparan 5.2-inci satu kemungkinan yang besar.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 dijangka akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , NFC dan dwi-SIM.

Kami akan membawakan anda segala maklumat penuh mengenai telefon pintar ini pada hari pelancaranya yang akan berlangsung pada 24 Februari.

sumber

xiaomi-mi-5-back-cover-01

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.