Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7 mungkin hadir dengan kamera yang rata dan tiada jalur antena

apple iphone 7

Walaupun tumpuan kini terarah kepada pelancaran Apple iPhone 5se yang dilaporkan akan berlangsung pada 15 Mac 2016, kita tidak seharusnya lupa bahawa model telefon pintar utama Apple iaitu Apple iPhone 7 akan dilancarkan pada bulan September ini.

Apple iPhone 7 dilaporkan akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama seperti Apple iPhone 6s namun dengan beberapa perubahan ketara.

Ciri pertama yang akan ditawarkan pada Apple iPhone 7 adalah sensor kamera yang rata dan tidak akan ada sebarang lekukan dan lebih menarik, tiada akan ada lagi jalur antena berwarna putih pada belakang ( akan dihadkan pada bahagian sisi, atas dan bawah sahaja ).

Reka bentuk jalur antena yang baru ini pasti diterima baik oleh pengguna dan ianya pasti memberikan reka bentuk yang lebih sempurna.

Apple iPhone 7 juga akan hadir dengan kamera biasa manakala Apple iPhone 7 Plus dilaporkan akan memiliki kamera dua lensa.

Memandangkan sumber yang melaporkan berita ini adalah sumber yang pernah memberikan maklumat yang tepat sebelum ini, ianya mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menjadi kenyataan.

Apple iPhone 7 bersama-sama Apple iPhone 7 Plus dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2016.

Antara ciri lain yang dijangka akan ditawarkan pada kedua-dua model iPhone ini adalah pemproses Apple A10 , teknologi kalis air dan habuk , kapasiti RAM dan bateri yang lebih besar.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.