Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung bakal menjadi pembekal skrin Apple iPhone mulai 2018

samsung bakal membekalkan skirn paparan oled bagi apple iPhone dari 2018

Samsung display yang merupakan anak syarikat Samsung Electronic kini dikatakan didalam perbincangan dengan Apple untuk membekalkan skrin paparan OLED bagi telefon pintar Apple mulai tahun 2018.

Satu eksekutif Samsung mendedahkan bahawa pelan strategik Samsung Display adalah untuk mencari rakan perniagaan yang lebih baik dan mempelbagaikan lagi perniagaan mereka tanpa hanya bergantung kepada Samsung Electronics.

Eksekutif Samsung ini juga berkata bahawa kemungkinan Apple beralih kepada iPhone dengan skrin paparan OLED daripada Samsung Display adalah sangat besar.

Selain menyasarkan Apple, Samsung Display juga sudah memulakan perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di China.

Walaubagaimanapun, panel LCD yang digunakan oleh Apple ini mempunyai satu kelebihan iaitu ianya mudah dan lebih murah untuk dikilangkan dan ramai pakar industri meramalkan Apple akan menggunakan dan meningkatkan kualiti panel LCD selama yang boleh kerana untuk mencapai margin keuntungan yang lebih tinggi. Pada masa kini, skrin paparan LCD bagi Apple iPhone dibekalkan oleh LG Display.

Walaubagaimanapun, gergasi Cupertino ini mungkin terpaksa beralih kepada skrin paparan OLED kerana keadaan pasaran yang lebih berdaya saing dan untuk kekal relevan, Apple mesti mengambil keputusan yang tepat demi masa depan Apple iPhone.

Kontrak pembekalan skrin bagi Apple iPhone ini dilihat adalah antara dua syarikat iaitu Samsung Display dan LG Display.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.