Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 Dilancarkan – Dari RM 594

Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar siri Redmi mereka iaitu Redmi Note 3 yang hadir dengan reka bentuk yang lebih elegan dan premium.

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, pemproses MediaTek Helio X10, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Xiaomi Redmi Note 3

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan kamera utama 13MP dengan teknologi pemfokusan PDAF manakala kamera selfie model ini adalah 5MP.

Reka bentuk Xiaomi Redmi Note 3 ini lebih elegan dan lebih ringan jika dibandingkan dengan Redmi Note 2 yang baru beberapa minggu lalu dilancarkan di Malaysia.

Xiaomi Redmi Note 3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna kelabu, perak dan emas dengan harga penjualan bermula dari CNY899(RM 594)bagi 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM dengan 32GB RAM pula dijual dengan harga penjualan CNY 1099 (RM 726).

Xiaomi tidak mengumumkan sebarang perancangan bagi menawarkan produk Redmi Note 3 ini diluar China namun jika ianya akan memasuki pasaran antarabangsa kami pasti model ini akan tiba awal tahun hadapan.

imageimageimageimageimageimageimageimageimageimageimage

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.