Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi memperkenalkan skuter Ninebot mini – RM 1,334

ninebot-mini-xiaomi-malaysia-segway

Perniagaan Xiaomi dilihat semakin berkembang dan selepas memperkenalkan peralatan elektronik, kini Xiaomi telah memperkenalkan sejenis skuter yang dikenali sebagai Ninebot Mini.

Xiaomi telah melakukan pelaburan didalam syarikat Ninebot ini tahun lalu dan sejurus selepas itu, Ninebot telah membeli satu lagi syarikat didalam industri yang sama iaitu Segway

Ninebot mini adalah skuter imbangan yang mempunyai persamaan dengan Segway dan ianya mampu mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dengan pendakian sehingga 15-darjah. Bateri yang dimiliki oleh Ninebot mini membolehkan skuter ini beroperasi sehingga 22 kilometer didalam satu cas penuh.

Ninebot mini nempunyai rangka yang berasaskan aloi magnesium yang kebiasaanya digunakan didalam industri angkasa lepas.

Xiaomi-ninebot-mini-malaysia-1
Ninebot mini juga mempunyai satu aplikasi khas yang boleh memberikan kelajuan dan memberikan maklumat trafik, kerosakan dan kemaskini sistem.

Seperti produk Xiaomi yang lain, Ninebot mini hadir dengan harga penjualan yang berdaya saing, Ninebot mini akan mmepunyai harga penjualan RMB 1,999 (RM 1,334)  yang mana antara skuter gyroskop paling murah dipasaran.

Xiaomi-ninebot-mini-malaysia

Selain itu, Xiaomi juga akan menawarkan set perkakas keselamatan dengan harga penjualan RMB 169.

Buat masa ini, Ninebot Mini hanya ditawarkan di pasaran China dan potensi untuk menyaksikan skuter ini ditawarkan di pasaran luar China adalah tipis.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.