Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Zuk Z1 bakal dilancarkan di Malaysia – RM 1,296

lenovo-zuk-z1-malaysia-launch

Telefon pintar Zuk Z1 yang sebelum ini hanya ditawarkan di China dilihat akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi selepas model telefon pintar ini dikesan di pangkalan data SIRIM. Zuk Z1 hadir dengan spesifikasi yang baik dan mempunyai harga penjualan yang amat berpatutan.

Selain itu, Zuk juga telah mengesahkan bahawa versi antarabangsa model Z1 ini akan mempunyai perbezaan dengan versi yang ditawarkan di China. ZUK Z1 akan ditawarkan didalam OS Cyanogen 12.1 dan dengan harga penjualan yang lebih tinggi iaitu sekitar $299 iaitu sekitar RM 1,269

Walaupun mempunyai harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan versi di China, Zuk Z1 masih dilhat menawarkan anda satu telefon pintar yang baik pada harga berpatutan.

zuk-z1-sirim-600x308

Zuk Z1 hadir dengan skrin paparan IPS 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapgdragon 801, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,100 mAh.

Dari segi kamera pula, Zuk Z1 hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan OIS manakala kamera selfie model ini adalah 8MP.

Selain itu, Zuk Z1 juga memiliki sensor pengesan cap jari, sokongan 4G LTE, dan port USB type-C

Walaupun telah melepasi sasaran pelancaran di pasaran Asia Tenggara, Zuk Z1 dilihat akan mendapat sambutan yang baik di pasaran tempatan apabila ianya mula ditawarkan secara rasmi tidak lama lagi.

sumber : Lowyat.net

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.