Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

GST akan dimansuhkan bagi kad prabayar mulai 1 November

prepaid-gst-dimansuhkan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi kad tambah nilai prabayar akan dimansuhkan mulai 1 November ini.

Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan dan beliau mengesahkan JKDM telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan pengguna tidak mengenakan sebarang cukai GST.

Selain itu, kerajaan juga dengan tegas telah mengingatkan kepada syarikat telekomunikasi supaya patuh kepada arahan ini dan jika tidak, syarikat ini akan berdepan tindakan selanjutnya.

“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) semalam

Datuk Johari juga berkata, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada syarikat telekomunikasi yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia kerana tempoh yang diberikan kepada syarikat ini adalah terlalu lama.

“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.

Berita ini pasti disambut baik oleh pengguna kerana dengan keadaan ekonomi dan kesusutan ringgit yang teruk.

sumber : UTUSAN Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.