Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Backup akan ditawarkan secara percuma dengan pembelian telefon pintar siri Huawei P30 di Malaysia

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa pelancaran siri Huawei P30 akan berlangsung pada 26 Mac ini dan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sejurus selepas itu.

Siri Huawei P30 ini dijangka akan hadir teknologi 4 kamera Leica, teknologi pengzooman yang paling baik pada telefon pintar dan mod gambar malam generasi baru yang lebih baik.

Huawei Mobile Malaysia secara rasminya juga telah mengesahkan bahawa pembelian telefon pintar siri Huawei P30 ini akan hadir dengan hadiah percuma Huawei Backup.

Huawei Backup boleh dikatakan sebagai ruang storan asing yang membolehkan anda melakukan salinan kesemua data telefon pintar dengan hanya memasangkan kable pengecasan dan ianya mempunyai kapasiti 1TB.

Huawei Backup ini juga hadir dengan mod dwi-pengecas yang adapter pengecasan 5V2A, pengecas pantas Huawei Fast Charge 9V2A dan adapter Huawei Super Fast Charge 5V4.5A.

Untuk melakukan Backup, anda hanya perlu memasangkan kable USB-C pada Huawei Backup dan segala data seperti gambar, aplikasi, video dan dokumen akan di backup secara automatik.

Huawei Backup ini ditawarkan di pasaran China pada harga CNY 699 atau sekitar RM 426.

Huawei P30 yang hadir dengan slogan ‘Rewrite the Rules’ dijangka akan menjadi antara model telefon pintar tumpuan tahun ini.

Huawei P30 Dan Huawei P30 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 2019

Huawei Nova 4e akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

Comments

comments