Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 Dan Huawei P30 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 2019

Huawei P30 Dan Huawei P30 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac 2019 1

Beberapa hari sebelum bermulanya pameran teknologi Mobile World Congress, Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama Siri Huawei P30 akan dilancarkan pada 26 Mac di Paris, Perancis.

Pengumuman ini adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh pengguna dan model Huawei P30 Kali ini dijangka akan hadir dengan inovasi kamera yang lebih baik berbanding generasi Huawei P20 yang dilancarkan tahun lalu.

Huawei P30 dan Huawei P30 Pro dijangka akan menjadi antara model yang dilancarkan pada 26 Mac 2019 dan ianya dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 980 yang turut digunakan pada Siri Huawei Mate 20.

Bercakap mengenai kamera, Huawei P30 dijangka akan hadir dengan tetapan 3 kamera manakala Huawei P30 Pro pula akan hadir dengan 4 kamera.

Selain Huawei P30 Dan Huawei P30 Pro, Huawei juga dijangka akan memperkenalkan Huawei P30 Pro didalam versi premium Porsche Design seperti tahun-tahun sebelum ini.

Pasaran Malaysia dijangka akan sekali lagi tergolong sebagai antara pasaran pertama untuk menerima Siri Huawei P30 ini.

Lain-lain spesifikasi telefon pintar ini masih belum diketahui namun kami akan memberikan anda kesemua maklumat terkini mengenai Huawei P30 dan Huawei P30 Pro di MobileFokus.

Huawei P30 Dijangka Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 38MP Dan Zoom Optik 5x

Huawei P30 Dijangka Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 38MP Dan Zoom Optik 5x

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.