Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar skrin fleksibel

Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa bulan, Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar dengan skrin paparan fleksibel yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Samsung mengelar teknologi skrin yang digunakan pada telefon pintar ini adalah Infinity Flex Display yanh mana walaupun mempunyai saiz skrin berukuran tablet, ianya boleh dilpat bagi dimuatkan kedalam poket.

Samsung telah mempamerkan versi ‘samaran’ telefon pintar fleksibel di Samsung Developer Confidence dan bagi melindugi elemen reka bentuk telefon pintar ini, Samsung juga telah memadamkan lampu.

Dimensi telefon pintar fleksibel ini menunjukkan satu skrin berukuran 7.3-inci yang boleh dilipat selain satu skrin utama yang digunakan sebagai skrin utama telefon pintar.

Samsung juga telah mengesahkan bahawa anda boleh menggunakan sehingga 3 aplikasi pada yang sama dan ianya dikenali sebagai teknologi multi active windows.

Selain itu, Samsung berkata bahawa pengilangan panel skrin Infinity Flex ini akan bermula didalam masa beberapa bulan sahaja.

Buat masa ini, Samsung tidak mendedahkan sebarang maklumat bila telefon pintar fleksibel ini akan memasuki pasaran komersial.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.