Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Peraduan fotografi Xiaomi membolehkan anda memenangi wang tunai sehingga RM 208,950

Xiaomi telah mengumumkan satu pertandingan fotografi yang membolehkan anda menyertai pertandingan ini menggunakan mana-mana telefon pintar Xiaomi bagi merebut hadiah bernilai US$50,000 (RM208,950).

Xiaomi Photography Challenge yang dianjurkan buat kali kedua telah bermula sejak 25 Oktober lalu dan ianya berdasarkan dua tema iaitu biasa (Ordinary) dan luar biasa (Extraordinary).

Gambar juga akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Natural Look, Piece Of the World, Dreamscape dan Why So Serious.

Kesemua penyertaan akan layak ke peringkat pemiliha akhir jika gambar tersebut menerima minima 3 likes dan 100 gambar terbaik akan dipilih oleh pakar fotografi terkemuka dunia seperti Gueorgui Pinkhassov dan Jerome Sessini selain beberapa orang penting dari Xiaomi.

100 gambar yang terpilih akan melalui proses pengundian oleh Mi Fans sendiri mulai 27 November sehingga 6 Disember dan sesiapa sahaja boleh membuat undi dengan melayari www.mi.com.

Sebagai rekod, kejohanan Xiaomi Photography Challenge pada tahun 2017 telah berjaya menarik 13,000 penyertaan dengan juara menerima hadiah bernilai  US$30,000 (RM125,370).

Maklumat lanjut di sini 

https://event.mi.com/en/photography2018

Comments

comments