Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi 8 Youth dan Mi 8 Screen Fingerprint Edition Mungkin dilancarkan tidak lama lagi

Xiaomi nampaknya sedang bersiap sedia untuk melancarkan dua lagi model didalam keluarga Mi 8 dan model yang akan memasuki pasaran China terlebih dahulu ini dikenali sebagai Mi 8 Youth dan Mi 8 Scren Fingerprint Edition.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai Mi Youth mahupun Mi 8 Screen Fingerprint Edition kecuali kapasiti memori simpanan dalaman dan warna.

Mi 8 Youth hadir didalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, emas dan biru dengan tiga pilihan konfigurasi RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 4GB+64GB, 6GB+64GB dan 6GB+128GB 

gsmarena_002.jpg

Mi 8 Screen Fingerprint Edition pula akan hadir dengan dua pilihan RAM dan memori dalaman iaitu 6GB + 128GB dan 8GB + 128GB dan akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

Xiaomi Mi 8 Youth ini mungkin hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 710 manakala Mi 8 Fingerprint Edition mungkin dengan pemproses Snapdragon 845.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat kukuh mengenai kedua-dua model Mi 8 yang baru ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.