Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Festival GegaRia 2018 Huawei menyaksikan lebih 20,000 pengunjung

Huawei baru-baru ini telah menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-61 dengan Festival GegaRia 2018 #kitapunyaevent yang telah berlangsung dari 31 Ogos sehingga 1 September yang lalu.

Konsert Kita Punya Malaysia ini telah dianjurkan dengan kerjasama Media Prima yang telah diadakan di kawasan tempat letak kereta Istana Kehakiman, Putrajaya dan telah dijayakan oleh selebiriti tempatan seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy, dan Faizal Tahir.

Selain berpeluang menguji teknologi Artificial Intelligence (AI) pada Huawei Nova 3 dan Huawei Nova 3i, Trak Huawei Nova Superstar ini diraikan dengan penampilan artis tempatan seperti Ruhainies, Izzue Islam, Daler Yusof, Johan As’ari, Nabil Aqil, Wany Hasrita, Intan Najuwa, Zee Zainal, dan Aliff Yasraff.

Para pengunjung juga diberikan peluang untuk mengambil gambar bersama selebriti ini dengan menggunakan Huawei Nova 3i.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.