Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 membuat penampilan tidak rasmi di IFA 2018

Siri telefon pintar Huawei Mate 20 telah disahkan akan dilancarkan di London pada 16 Oktober ini dan ianya akan menjadi telefon pintar pertama Huawei untuk hadir pemproses Kirin 980.

Berdasarkan laporan awal, Huawei dijangka akan melancarkan tiga model telefon pintar didalam siri Mate iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20 Porsche Design.

Ketika pengumuman di IFA 2018 yang menjadi pentas Huawei mengumumkan pemproses Kirin 980 yang merupakan cip 7nm pertama didunia, Mate 20 juga telah dikesan membuat penampilan tidak rasmi.

Huawei Mate 20 atau salah satu daripada model yang akan dilancarkan pada 16 Oktober telah dilihat dipegang oleh seorang yang berkait rapat dengan syarikat pengeluar telefon pintar No.2 dunia ini.

Ianya dilihat hadir dengan tetapan kamera yang berbeza dari siri P20 namun boleh disahkan memiliki 3 sensor kamera.

Huawei Mate 20 dijangka akan hadir dengan skrin paparan’water-drop’ AMOLED berukuran 6.3-inci, bateri berkapasiti 4,200mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge, panel gelas dibelakang yang hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar dan pembesar suara stereo.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.