Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar ‘foldable’ Samsung akan dilancarkan pada bulan November

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar dengan skrin boleh lipat akan dilancarkan tahun ini dan syarikat gergasi Korea Selatan ini mungkin menjadi yang pertama untuk mengeluarkan telefon pintar seperti ini. 

Selain Samsung, Huawei juga dilaporkan sedang berusaha untuk mengeluarkan telefon pintar fleksibel mereka lebih awal.

Dalam satu temubual, Ketua pegawai eksekutif Samsung Mobile telah mengesahkan bahawa Samsung mempunyai perancangan untuk mengeluarkan telefon pintar fleksibel seawal tahun ini selepas respon daripada pelanggan yang mahukan telefon pintar ini di pasaran.

Koh berkata bahawa Samsung Developers Conference yang akan berlangsung di San Francisco pada 7-8 November 2018 akan menjadi pentas pelancaran telefon pintar dengan skrin boleh lipat pertama Samsung.

Ini memberikan kita masa sekitar dua bulan sebelum menyaksikan telefon pintar dengan skrin paparan fleksibel pertama didunia memasuki pasaran komersial.

Telefon pintar Samsung ini mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy X

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.