Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate 20 Lite akan hadir dengan rekabentuk seperti Mate Porsche Design

Huawei dijangka akan melancarkan Siri Huawei Mate 20 didalam masa beberapa bulan lagi dan salah satu daripada telefon pintar tersebut ialah Huawei Mate 20 Lite.

Selain Huawei Mate 20 Lite, Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro juga akan diperkenalkan.

Gambar akhbar rasmi Huawei P20 Lite kini telah tersebar dan telefon pintar ini dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang diambil dari Huawei Mate Porsche Design.

Huawei Mate 20 Lite ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan resolusi 2340 x 1080, pemproses Kirin 710 yang turut digunakan pada Huawei Nova 3i, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri sekitar 3,500-3,600mAh.

Bercakap mengenai kamera pula, Huawei Mate 20 Lite akan hadir dengan dwi-kamera dibahagian hadapan dan belakang iaitu 20MP + 2MP dibahagian belakang dan 24MP + 2MP bagi kamera selfie.

Huawei Mate 20 Lite ini hampir pasti tidak akan memasuki pasaran Malaysia kerana ianya dijangka akan ditawarkan di Malaysia melalui siri Nova.

sumber gambar

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.