Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3i mula menerima kemaskini GPU Turbo

Huawei Nova 3i mula menerima kemaskini GPU Turbo 1

Huawei secara rasminya telah mengumumkan bahawa Huawei Nova 3i kini telah mula menerima kemaskini GPU Turbo yang akan meningkatkan prestasi telefon pintar anda.

GPU Turbo adalah satu jenis kemaskini perisian yang meningkat pretasi pemprosesan GPU sebanyak 60% dan pada masa yang sama menawarkan penjimatan tenaga 30%.

Selain Nova 3i, Huawei memaklumkan bahawa Nova 3 akan turut menerima GPU Turbo namun masih belum ada sebarang tarikh penawaran diumumkan.

Huawei Nova 3i kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,249 manakala Huawei Nova 3 pula hadir dengan harga penjualan RM 1,899 dengan penjualan telah bermula sejak 11 Ogos yang lalu.

Ahli kad AirAsia BIG boleh dapatkan kupon diskaun RM 500 bagi pembelian Huawei Nova 3

Huawei juga telah mengumumkan kerjasama dengan permainan video Rules of Survival dan bagi pemilik Nova 3 yang memuat turun dan mendaftar masuk akan menerima bag hadiah Nova bernilai $50 ( satu hadiah untuk satu peranti sahaja).

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.