Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Julai ini

DBC88594-8424-426F-999A-FD96A3FADBCC.jpeg

Huawei Mobile Malaysia telah mengesahkan bahawa Huawei Nova 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Julai ini iaitu sehari selepas pelancaran di pasaran China.

Huawei Nova 3 dijangka hadir dengan reka bentuk yang lebih seiras dengan Huawei P20 antaranya reka bentuk skrin dengan ‘notch dan tetapan dwi-kamera menegak.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, spesifikasi Huawei Nova 3 sedikit sebanyak telah diketahui, ianya akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses octa-core berkelajuan 2.3GHz ( mungkin Kirin 710), 6GB RAM, bateri berkapasiti 3,650mAh dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 3 hadir dengan sensor kamera utama 16MP + 24MP manakala kamera selfie adalah unit 24MP + 2MP.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat harga penjualan didedahkan namun anda tidak perlu menunggu lama kerana pelancaran rasmi Huawei Nova 3 ini akan berlangsung didalam masa 6 hari sahaja lagi  

Comments

comments