Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 3 akan dilancarkan pada 18 Julai ini

Huawei Nova 3 akan dilancarkan pada 18 Julai ini 1

Huawei telah berkongsi satu lagi gambar teaser bagi telefon pintar terbaru mereka didalam siri Nova iaitu Huawei Nova 3 yang akan dilancarkan pada 18 Julai ini.

Berdasarkan gambar teaser ini, Huawei Nova 3 hadir dengan reka bentuk yang lebih seiras dengan Huawei P20 seperti reka bentuk skrin dengan ‘notch dan tetapan dwi-kamera menegak.

Berdasarkan pangkalan data TENAA, spesifikasi Huawei Nova 3 sedikit sebanyak telah diketahui, ianya memiliki skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci, pemproses octa-core berkelajuan 2.3GHz ( mungkin Kirin 710), 6GB RAM, bateri berkapasiti 3,650mAh dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

Huawei Nova 3 akan dilancarkan pada 18 Julai ini 2

Bercakap mengenai kamera, Huawei Nova 3 hadir dengan sensor kamera utama 16MP + 24MP manakala kamera selfie adalah unit 24MP + 2MP.

Huawei Nova 3 ini akan dilancarkan pada 18 Julai ini di pasaran China dan telefon pintar ini dijangka akan turut memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.