Samsung Galaxy Note 9 akan dilancarkan pada 9 Ogos

Samsung Mobile telah mengesahkan bahawa Galaxy Note 9 akan dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos pada majlis Samsung Unpacked yang akan berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED Infinity Display berukuran 6.4-inci , pemproses Snapdragon 845/Exynos 9810, 6GB RAM dan 64GB/128GB/256GB memori simpanan dalaman.

Samsung Galaxy Note 9 dijangka tidak akan hadir dengan teknologi sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai Ultrasonic Fingerprint kerana ianya akan ditawarkan pada Galaxy S10.

Selain itu, Galaxy Note 9 juga dijangka hadir dengan teknologi dwi-kamera yang ditambah baik  namun dengan sensor 12MP yang digunakan pada Galaxy S9+ dan akan mempunyai aperture boleh ubah dari f/1.5 ke f/2.4.

Pelancaran Galaxy Note 9 dijangka akan disusuli dengan pelancaran Apple iPhone 2018.

Comments

comments

Share