Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7S akan mula ditawarkan di Malaysia 27 Jun pada harga RM 379

Honor Malaysia telah mengumumkan penawaran satu lagi telefon pintar mampu milik dengan skrin paparan Fullview.

Honor 7S akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia dari 27 Jun ini dengan harga penjualan RM 379 sahaja.

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor 7S ini hadir dengan skrin paparan Fullview HD+ berukuran 5.45-inci, pemproses MediaTek MT6739, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Honor 7S ini juga memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,020mAh dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas.

500 pembeli pertama Honor 7S juga akan menerima kayu selfie secara percuma apabila pembelian dibuat melalui laman hihonor atau kad microSD Sandisk 32GB apabila belian dibuat melalui Lazada.

Beli Honor 7S di sini :

1. hihonor

2. Lazada

Maklumat penuh di sini

Comments

comments