Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 warna hijau ‘phantom’ akan ditawarkan 8 Jun ini pada harga RM 1,599

Ketika pelancaran Honor 7A sebentar tadi, Honor Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Honor 10 didalam warna ‘phantom green’ akan mula ditawarkan mulai 8 Jun ini sempena Honor Super Day.

Honor 10 didalam warna hijau ini akan ditawarkan pada harga RM 1,599.

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor 10 hadir ini dengan reka bentuk berasaskan gelas 3D yang mempunyai kemasan premium seperti cermin di bahagian belakang.

Honor 10 ini hadir dengan skrin paparan IPS LCD 19:9 berukuran 5.84-inci dengan resolusi 1080 x 2,280 piksel memberikan kepadatan piksel 432ppi.

Bagi pasaran Malaysia, Honor 10 ini akan hadir dengan pemproses Kirin 970 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Satu lagi ciri yang menarik perhatian kami adalah pengunaan sensor capjari terbina didalam skrin yang dikenali sebagai ‘ultrasonic fingerprint’ yang boleh digunakan walaupun dengan jari yang basah.

Ini bermaksud keseluruhan bahagian hadapan adalah dipenuhi dengan skrin dan tiada sebarang potongan untuk sensor capjari seperti pada telefon pintar lain di pasaran.

Bercakap mengenai bahagian kamera pula, Honor 10 memiliki tetapan dwi-kamera yang mempunyai posisi tradisional secara melintang dan bukanya menegak seperti pada P20 dan P20 Pro.

Ianya adalah unit kamera 16MP sensor RGB dengan aperture f/1.8 manakala sensor monokrom adalah unit 24MP.

Kamera belakang ini kehilangan kerjasama Leica namun dilihat masih mampu menawarkan pengalaman kamera setanding dengan Huawei P20.

ULASAN : Honor 10 – telefon pintar kelas flagship pada harga RM 1,699

Tempat penjenamaan Leica diambil alih oleh AI yang mempunyai pengaruh besar pada bahagian kamera Honor 10 dimana AI membantu kamera Honor 10 menawarkan tetapan terbaik bagi 500+ kategori didalam 22 jenis adengan.

Kamera selfie Honor adalah 24MP juga dengan sokongan AI dan kebolehan merakam video 1080p manakala kamera belakang mampu mengambil video pada kadar 4k dan dengan pengstabilan Honor EIS.

Kamera selfie Honor 10 juga hadir dengan teknologi selfie 3D lighting yang menarik.

Honor 10 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh yang turut memiliki sokongan pengecasan HonorCharge 4.5A yang mampu menawarkan pengecasan ke tahap 50% didalam masa 25 minit sahaja (USB-C).

Tidak seperti pada Huawei P20 dan Huawei P20 Pro, Honor 10 masih mengekalkan slot audio 3.5mm dengan DAC 32-bit AK4376A dan teknologi audio Huawei Histen.

Honor 10 Phantom Green ini akan ditawarkan oleh Shopee, Sengheng dan SenQ.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.