Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6 akan dilancarkan secara rasmi 21 Mei ini

Pelancaran rasmi OnePlus 6 akan berlangsung pada 21 May ini dan kita kini telah menerima gambaran visual telefon pintar ini.

Gambar rasmi resolusi tinggi OnePlus 6 telah dimuat naik oleh Amazon Jerman selain maklumat harga dan tarikh penjualan.

OnePlus 6 dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Hitam ‘midnight’ dan Hitam ‘ mirror’ dengan kapasiti RAM sehingga 8GB manakala kapasiti memori simpanan adalah sehingga 128GB.

Bercakap mengenai spesifikasi, OnePlus 6 akan hadir dengan skrin paparan 18:9 berukuran 6.3-inci (resolusi FHD+), pemproses Qualcomm Snapdragon 845, teknologi dwi-kamera yang mampu menyaingi telefon pintar premium dan Android 8.1 Oreo.

Berdasarkan gambar ini, OnePlus boleh disahkan akan mempunyai reka bentuk skrin dengan takukan atau ‘notch’, sensor capjari dibahagian hadapan ( seperti pada siri Huawei P20) dan bateri yang mempunyai sokongan pengecasan pantas OnePlus Dash Charge.

Walaupun akan dilancarkan pada 21 Mei, masih belum dapat dipastikan akan bila OnePlus 6 akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.