Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Hentikan Pencarian Anda! Honor 9 Lite memiliki lebih dari 4 kamera dan reka bentuk yang menarik

Honor 9 Lite telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mac yang lalu dengan harga penjualan RM 749.

Walaupun hadir dengan harga penjualan yang amat berpatutan, Honor 9 Lite adalah telefon pintar yang mempunyai keupayaan untuk mengharungi tugasan harian anda dengan mudah.

Berikut adalah beberapa fakta yang membuktikan Honor 9 Lite sebagai peranti yang memiliki lebih dari 4 kamera dan reka bentuk yang menarik.

 

1.Reka bentuk ekskuistik yang menawarkan pengalaman skrin papaparan FullView yang tiada tandingan

Honor 9 Lite hadir dengan reka bentuk ekskuistik yang paling menyinar diantara pencabar terdekat.

Honor 9 Lite mewarisi profil reka bentuk dari Honor 9 yang merupakan telefon pintar kelas flagship Honor.

Gelas 2.5D berintegari secara harmoni dengan salutan optik skala nano yang digilap melalui proses 12-lapisan yang memberikan hasil kemasan seaakan cermin.

Reka bentuk ini dan rangka PVVD1 membolehkan cahaya beralur melalui peranti sekaligus memberikan pengalaman visual yang tiada tandingan.

Dengan mengekalkan pengunaan rangka bagi telefon pintar dengan skrin paparan 5.2-inci, Honor berjaya menyertakan skrin paparan FullView HD berukuran 5.65-inci dengan nisbah badan kepada skrin yang tinggi sekaligus menawarkan kualiti skrin paparan 18:9 FHD+ yang lebih baik berbanding telefon pintar utama Honor 9.

2. Quad-kamera HD yang membolehkan penghasilan gambar yang unik dan profesional.



Honor 9 Lite memiliki teknologi kamera dwi-lensa 13MP + 2MP pada bahagian hadapan dan belakang yang membolehkan akan mengambil gambar rakan rapat atau pemandangan yang menarik pada waktu, tempat dan cara yang anda mahu.

Dengan penambahbaikan dan teknologi kecantikan yang rumit, Honor 9 Lite membolehkan anda kelihatan terbaik dari semua aspek.

3. Konfigurasi Premium

Honor 9 Lite hadir dengan beberapa ciri yang baik antaranya adalah pengunaan cip pemproses 16nm 8-teras Kirin 659 yang hadir dengan kelajuan 2.3GHz dan unit pemproses grafik (GPU) yang dinaik taraf membolehkan waktu operasi yang lebih pantas.

ULASAN : Honor 9 Lite – telefon pintar bajet premium dengan 4 kamera

Honor 9 Lite juga hadir dengan teknologi pengesan capjari generasi ke-4 yang mampu menawarkan pembukaan peranti didalam masa 0.25 saat. sensor capjari pantas ini membolehkan anda mengkases peranti dengan lebih pantas dan pada masa yang sama dengan ciri keselamatan yang lebih kukuh.

Sensor capjari Honor 9 Lite yang pantas ini ditempatkan dibahagian panel belakang peranti.

4. EMUI 8.0 – OS pintar generasi akan datang yang dikuasakan dengan Android 8.0



Bersama-sama konfigurasi premium Honor 9 Lite, kemaskini Android 8.0 Oreo membolehkan penawaran pengalaman pengunaan yang lebih lancar, kelajuan pembukaan aplikasi yang lebih pantas, kawalan proses latar belakang yang lebih ketat dan pengunaan bateri yang lebih efisen.

Kuasa Android 8.0 Oreo ini digabungkan dengan EMUI 8.0 yang mesra pengguna membolehkan prestasi yang lebih pantas iaitu dengan 50% peningkatan didalam mengenal pasti kelakuan pengguna. 

Ciri-ciri baru EMUI 8.0 adalah amat penting bagi Honor 9 Lite untuk menawarkan pengalaman pengunaan terbaik.

5. Face Unlock



Dengan kemaskini sistem operasi yang terbaru, Honor juga telah membawakan satu lagi ciri keselamatan biomterik yang menggunakan wajah bagi Honor 9 Lite.

Dengan ciri ini, Honor memberikan anda satu lagi ciri keselamatan tambahan yang boleh digunakan oleh anda untuk membuka peranti anda.

6. Harga mampu milik bagi peranti yang premium



Keputusan untuk membeli telefon pintar sudah pastinya akan diputuskan dengan tahap kemampuan seseorang dan bagi mereka yang ingin memiliki Honor 9 Lite, anda boleh menarik nafas lega kerana ianya hanya memiliki harga penjualan RM 749.

Dengan harga RM 749, kami berani mengatakan bahawa Honor 9 Lite adalah telefon pintar terbaik pada kelas harga ini dan boleh dikatakan salah satu model terbaik pada kadar harga dibawah RM 1,000.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.