Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Neffos N1 dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan RM 1,099

Neffos secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Neffos N1 yang merupakan peranti pertama syarikat dengan dwi-kamera.

Neffos N1 hadir dengan reka bentuk premium berasaskan keluli dengan skrin paparan FHD berukuran 5.5-inci ( kepadatan piksel 403ppi), pemproses MediaTek Helio P25 berkelajuan 2.6GHz, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan( turut menyokong kad microSD sehingga 128GB).

Bercakap mengenai kamera, Neffos N1 hadir dengan kombinasi dwi-kamera 12MP iaitu satu sensor RGB Sony IMX386 dan satu sensor monokrom Sony IMX386 yang menawarkan fungsi potrait yang merupakan antara ciri yang mesti dimiliki pada telefon pintar.

Selain itu, kamera selfie Neffos N1 adalah unit kamera 8MP dengan lensa lebar 86 darjah dan 10 tahap beautify yang boleh dikatakan mampu memberikan hasil gambar selfie yang baik.

Selain itu, Neffos N1 hadir dengan bateri berkapasiti 3,260mAh ( dengan sokongan pengecasan pantas melalui USB Type-C),Androis 7.1.1 Nougat, Bluetooth 4.1, slot dwi-SIM (Nano), sensor capjari dibahagian belakang dan mempunyai kenipisan 7.5mm dengan berat 165gram.

Neffos N1 akan ditawarkan didalam warna hitam dengan harga penjualan RM 1,099 mulai 16 Mac ini melalui wakil pengedar sah produk Neffos diseluruh Malaysia ( jaminan waranti selama 2 tahun).

Selain itu, pembelian Neffos N1 juga boleh dilakukan melalui Lazada Malaysia dengan 30 pembeli pertama akan menerima hadiah ekslusif premium bernilai RM 299.

Selain Neffos N1, Neffos turut memperkenalkan Neffos C5A dan Neffos C7 yang ditawarkan pada harga RM 299 dan RM 599.

Comments

comments