b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 1

Neffos secara rasminya telah melancarkan 4 model telefon pintar terbaru syarikat ini ke pasaran Malaysia.

4 model Neffos yang dilancarkan hari ini adalah Neffos C7A, Neffos C9, Neffos C9A dan Neffos X9.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 2

Bercakap mengenai Neffos C7A, ianya adalah model Neffos yang paling murah dilancarkan hari ini, ianya hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5-inci, pemproses 64-bit 8 teras, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,330mAh.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 3

Neffos C7A juga memiliki kamera utama 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut mempunyai pemfokusan auto dan flash LED. Kamera selfie C7A adalah unit 2MP sahaja.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 4

Neffos C7A akan ditawarkan mulai penghujung bulan Ogos didalam warna kelabu dengan harga penjualan RM 359.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 5

Beralih kepada Neffos C9 dan C9A, ianya juga hadir dengan pemproses MediaTek MTK6739, 2GB RAM, 16GB memori dalaman,sokongan dwi-SIM, sensor capjari, kamera utama 13MP dan Android 8.1 Oreo.

Neffos C9 juga hadir dengan skrin paparan IPS FullView 18:9 berukuran 5.99-inci manakala C9A pula hadir dengan skrin paparan berukuran 5.45-inci dengan resolusi HD+ (1440 x 720).

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 6

Neffos C9 memiliki bateri berkapasiti 3,840mAh dan kamera sefie 8MP manakala C9A hadir dengan bateri berkapasiti 3,020mAh dan kamera selfie 5MP.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 7

Neffos C9 dan C9A hadir didalam dua warna iaitu kelabu dan perak dengan harga penjualan RM 479 dan RM 429 ( penjualan bermula penghujung bulan Ogos).

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 8

Neffos X9 adalah telefon pintar utama yang dilancarkan hari ini dan ianya hadir dengan skrin paparan IPS Fullview HD+ berukuran 5.99-inci,

pemproses MediaTek MT6750, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaiti 3GB/32GB, 4GB/64GB dan bateri berkapasiti 3,060mAh.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 9

Neffos X9 juga memiliki tetapan dwi-kamera 13MP + 5MP, kamera selfie 8MP, slot dwi-SIM nano, NFUI 8.0 berasaskan Android 8.1 Oreo dan Bluetooth 4.1.

Neffos secara rasminya melancarkan X9, C9, C9A dan C7A ke pasaran Malaysia 10

Neffos X9 versi 3GB/32GB kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599 manakala versi 4GB/64GB akan ditawarkan pada penghujung bulan Ogos dengan harga penjualan RM 799.

 

harimaubet666.com