Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Huawei Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru dibawah siri Nova dan ianya dikenali sebagai Nova 2 Lite.

Huawei Nova 2 Lite hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka polikarbonat yang mempunyai kemasan berkilau ataupun didalam kemasan matte dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci sebagai tarikan utama.

Sedikit pelik, Huawei memutuskan untuk menggunakan pemproses dari Qualcomm iaitu Snapdragon 430 dan bukanya pemproses Kirin.

Selain itu, Nova 2 Lite juga memiliki 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Beralih kepada bahagian kamera, Huawei Nova 2 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP pada bahagian belakang yang mempunyai fungsi kesan bokeh dan turut mempunyai pemfokusan PDAF dan flash led.

Bercakap mengenai fotografi selfie pula, Huawei Nova 2 Lite akan memiliki kamera 8MP dengan aperture f/2.0 yang turut memiliki teknologi lampu flash “Smart Selfie Toning Flash” yang mengubah cahaya flash untuk gambar selfie yang lebih semulajadi.

Selain itu, Huawei Nova 2 Lite juga memiliki sensor capjari, sokongan 4G LTE, teknologi pembukaan melalui wajah, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2 Lite akan ditawarkan pada harga RM 799 dan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan emas.

Huawei Nova 2 Lite akan ditawarkan mulai 23 Mac ini melalui wakil pengedar sah selain dari syarikat telko seperti Maxis dan Celcom ( Senheng turut akan menawarkan Nova 2 Lite).

Gambar Huawei Nova 2 Lite

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.