Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga penjualan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro didedahkan

Harga penjualan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro didedahkan 1

Bukan lah sesuatu yang rahsia lagi bahawa generasi terbaru siri Huawei P akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini.

Selain maklumat pelancaran, sedikit demi sedikit maklumat mengenai siri Huawei P20 ini telah mula diketahui dan kini maklumat harga bagi Huawei P20 dan Huawei P20 bagi pasaran Eropah mula diperkatakan.

Huawei P20 akan mempunyai harga penjualan €679 (RM 3,287) manakala Huawei P20 Pro akan hadir dengan harga €899 (RM 4,350).

Harga penjualan ini dilihat tinggi namun psaran Eropah kebiasaanya mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding di pasaran Asia namun kita perlu tunggu sehingga harga penjualan rasmi di Malaysia diumumkan.

Huawei P20 ini dijangka akan hadir didalam kapasiti 4GB RAM + 128GB memori simpanan dalaman manakala Huawei P20 Pro akan memiliki 6GB RAM dengan kapasiti memori dalaman yang sama.

Harga penjualan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro didedahkan 2

Bagi pasaran lain, Huawei dijangka akan turut menawarkan beberapa varian lain dengan konfigurasi RAM dan memori simpanan dalaman yang lain.

Selain maklumat harga, turut disertakan gambar Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang membandingkan saiz skrin kedua-dua model ini.

Huawei P20 akan memiliki skrin paparan 5.8-inci manakala Huawei P20 Pro akan hadir dengan skrin paparan 6.1-inci yang turut mewarisi reka bentuk seperti iPhone X.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.