Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 dan P20 Plus akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac

Huawei secara rasminya telah mula menghantar jemputan ke majlis pelancaran generasi baru telefon pintar siri P dan pelancaran ini akan diadakan di Paris, Perancis pada 27 Mac 2018.

Selepas pelancaran Huawei P10 dan Huawei P10 Plus tahun lalu, siri P tahun ini akan ‘melompat’ ke angka 20 dimana model tahun ini mungkin hadir dengan nama Huawei P20 dan Huawei P20 Plus.

Huawei P20 dan P20 Plus akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 1

Walaubagaimanapun, nama bukanlah sesuatu yang mampu menarik perhatian pengguna, namun speskulasi awal mengenai kemungkinan penawaran tiga sensor kamera pada bahagian belakang nampaknya akan menjadi kenyataan.

Berdasarkan jemputan yang dihantar oleh pihak Huawei, Terdapat gambar Eiffel Tower yang mana pada latar belakang terdapat tiga gelung yang melambangkan pengunaan tiga kamera pada P20 dan P20 Plus selain kata slogan “See mooore with AI” ( tiga o digunakan).

Huawei P20 dan P20 Plus akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2

Dengan tiga kamera dibelakang, Huawei P20 dan Huawei P20 Plus akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi ini dan kamera ketiga ini mungkin menawarkan fungsi pengzooman hibrid 5x.

Dengan pelancaran rasmi Huawei P20 dan Huawei P20 Plus telah disahkan, kita sudah pasti akan disajikan dengan lebih banyak berita mengenai telefon pintar ini sehingga pelancaran pada penghujung Mac kelak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.