Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P10 Plus kini boleh dimiliki pada harga RM 2,199 sahaja

Kami telah memaklumkan kepada pembaca bahawa Huawei telah mengesahkan bahawa pelancaran siri Huawei P yang baru bagi tahun 2018 akan diadakan pada 27 Mac ini.

Huawei P10 Plus yang merupakan model utama Huawei bagi tahun 2017 kini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu hanya RM 2,199 .

Walaupun sudah berada dipasaran hampir satu tahun, Huawei P10 Plus adalah telefon pintar yang baik dengan spesifikasi kelas atasan yang turut dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 Plus menawarkan skrin paparan QHD bersaiz 5.5-inci, pemproses Kirin 960, dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang Leica Pro mengabungkan lensa 12MP+20MP F1.8 serta kamera hadapan 8MP berteknologi Leica dan anda boleh membaca ulasan kamera Huawei P10 Plus untuk maklumat lebih lanjut.

Jika anda berminat, Huawei P10 Plus ini boleh dibeli melalui directd dan stor rasmi Huawei Malaysia di Lazada dengan harga penjualan RM 2,199 dan terdapat hadiah istimewa khas untuk pembeli.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.