• Home »
  • iflix »
  • iFlix akan menyiarkan semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia secara percuma

iFlix akan menyiarkan semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia secara percuma

iFlix dan Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengumumkan satu kerjasama hak penyiaran yang akan menyaksikan kesemua perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia disiarkan secara langsung di iFlix dan ini merupakan satu sejarah baru didalam bola sepak

Selain itu, iFlix akan turut menyiarkan beberapa perlawanan Liga Perdana, Piala Sumbangsih dan pusingan awal Piala FA sebelum menyiarkan semua perlawanan Piala FA dari peringkat suku akhir.

Dengan kerjasama 10 tahun bernilai RM 300 juta, iFlix komited untuk menawarkan akses bola sepak tempatan kepada rakyat dan bagi musim 2018, kesemua perlawanan ini boleh ditonton secara percuma tanpa sebarang pembayaran.

Footbal Malaysia Limited Liability Partnership ( FMLLP) dengan iFlix juga berjanji akan memastikan bahawa kos langganan siaran Football Malaysia adalah mampu milik( tidak akan melebihi Rm 20 sebulan) dengan setiap penetapan harga pakej akan dibuat melalui perbincangan antara FAM dan iFlix.

Dengan hampir 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysi, siaran digital seperti iFlix adalah pilihan yang terbaik untuk membolehkan peminat bola sepak mengikuti pasukan kegemaran mereka dengan lebih mudah.

Majlis pelancaran siaran Football Malaysia ini telah turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Johor yang juga merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Comments

comments

Share