Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iFlix akan ditawarkan percuma kepada pelanggan TM Unifi & Streamyx

Iflix malaysia

iflix, penyedia perkhimatan internet TV terkemuka di Asia Tenggara yang baru-baru ini telah melancarkan perkhimatan muat turun dan tonton secara offline kini telah mengumumkan kerjasama baru dengan Telekom Malaysia yang akan memberikan manfaat kepada pelanggan UniFi dan Streamyx

Dengan kerjasama ini, kesemua pelanggan UniFi dan Streamyx Telekom Malaysia akan menikmati langganan iFlix secara percuma selama 12 bulan mulai pertengahan bulan ini ( bernilai RM 96 ( RM 8 x12)).

Selain itu, apa yang menarik dengan kerjasama ini adalah pengenalan satu sistem pendaftaran yang unik dimana aplikasi iFlix daripada telefon pintar atau laman sesawang iFlix.com akan secara automatik mengesan bahawa anda sedang mengakses laman iFlix ini melalui perkhimatan internet Unifi atau Streamyx yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia.

iflix-tm-free

Selain itu, pengguna TM juga mampu menikmati perkhimatan terbaru mereka iaitu muat turun dan tonton secara offline.

Setiap akaun iFlix membolehkan anda mendaftarkan sehingga 5 peranti pada satu-satu masa dan dengan tawaran yuran bulan yang rendah iaitu hanya RM 8 adalah tidak menghairankan apabila syarikat ini memiliki hampir 600,000 pengguna berdaftar didalam masa hanya 6 bulan.

Aplikasi iFlix ini kini ditawarkan kepada pengguna Android dan pengguna iOS dan bagi pelanggan baru iFlix anda juga boleh menikmati tontonan tanpa had secara percuma selama 30 hari.

anda boleh memuat turun aplikasi iFlix bagi Android disini dan bagi peranti Apple iOS anda boleh memuat turunya disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.