Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 6 disahkan akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845

Telefon pintar OnePlus yang terbaru iaitu OnePlus 5T mungkin baru sahaja berusia beberapa bulan namun syarikat ini nampaknya sudah mula mengorak langkah kehadapan untuk melancarkan generasi OnePlus 6 tidak lama lagi.

Ketua pegawai eksekutif OnePlus, Pete Lau mendedahkan bahawa telefon pintar OnePlus yang baru akan dilancarkan secara rasmi sekitar bulan Jun iaitu kira-kira 12 bulan selepas pelancaran OnePlus 5.

Pete Lau juga telah mendedahkan bahawa OnePlus 6 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang turut akan digunakan oleh Galaxy S9 dipasaran yang terpilih.

Selain itu, Pete Lau juga mendedahkan bahawa perbincangan sedang dilakukan dengan syarikat telko di Amerika Syarikat bagi memasuki pasaran tersebut dan ianya adalah disebabkan kerana hampir 90% pembeli telefon pintar membelinya dari syarikat telko.

Sehingga itu, kita harus berpuashati dengan OnePlus 5T yang kini sudah ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,499 bagi versi 6GB RAM/64GB dengan tambahan RM 300 bagi versi 8GB RAM/128GB.

sumber

Comments

comments