Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry Motion dilancarkan secara rasmi tanpa butang Fizikal

BlackBerry secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu BlackBerry Motion yang tidak mempunyai papan kekunci fizikal yang biasanya ditawarkan pada peranti BlackBerry.

BlackBerry Motion hadir dengan skrin paparab 1080 berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 625, 4GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, pensijilan kalis air/habuk IP67 dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

BlackBerry Motion memiliki kamera belakang 12MP dengan aperture f/2.0 manakala kamera selfie adalah 8MP.

BlackBerry Motion juga memiliki Android 7.1 Nougat dan terdapat juga kemungkinan model ini menerima kemaskin Android 8.0 Oreo tidak lama lagi.

BlackBerry Motion akan ditawarkan pada harga sekitar $460 di pasaran Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu terlebih dahulu sebelum ke pasaran Amerika Utara.

Tiada sebarang maklumat penjualan bagi pasaran lain diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.