Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

BlackBerry telah menjual paten hak cipta kepada Catapult IP Innovations – bernilai $600 juta


BlackBerry telah mengumumkan penjualan paten yang bernilai $600 juta kepada Catapult IP Innovations.

Paten yang dijual ini adalah berkait dengan peranti mudah alih, permesejan dan rangkaian perhubungan tanpa wayar. Jumlah $600 juta yang diterima itu dibahagikan kepada wang tunai bernilai $450 juta dan nota janji hutang $150 juta.

Walaupun telah menjual paten ini, BlackBerry masih mempunyai lesen untuk menggunakan paten ini dan syarikat ini juga memberikan jaminan bahawa pelanggan yang masih menggunakan perkhidmatan syarikat ini tidak akan terjejas.

Walaubagaimanapun, jual beli masih belum selesai dan ianya harus mendapat kelulusan daripada kerajaan Kanada.

Selain itu, tidak juga sebarang kepastian mengenai perancangan Onward Mobility yang mahu melancarkan telefon pintar berjenama BlackBerry dengan 5G.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.