Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TM perkenal logo baru UniFi dan kini menawarkan wifi@unifi secara percuma

Selepas penjenamaan semula Webe kepada UniFi, Telekom Malaysia kini telah memperkenalkan logo baru Unifi dan syarikat ini juga akan memperkenalkan beberapa pelan baru yang direka khas khusus untuk golongan pelajar dan e-perniagaan.

Pelancaran logo baru TM Unifi telah diadakan di Menara Telekom dan ianya turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Bercakap mengenai pelan baru UniFi yang akan ditawarkan tidak lama lagi, kedua pelan ini akan ditawarkan dengan kelajuan internet sehingga 100Mbps dan mungkin terdapat tiga tahap pelan didalam setiap pakej ini.

Kedua-dua pakej baru UniFi ini dijangka akan dikenali sebagai UniFi Edu dan UniFi eBiz.

Buat masa ini Telekom Malaysia masih belum mengumumkan kos langanan bulanan kedua-dua pakej UniFi yang baru ini.

Selain itu, Telekom Malaysia juga telah mengumumkan bahawa rangkaian wifi@unifi akan ditawarkan percuma kepada semua rakyat Malaysia tidak kira pelanggan TM ataupun tidak ( kelajuan terhad pada 4mbps dengan kuota harian 500MB) sehingga 31 Disember.

Comments

comments